Thursday 30 August 2012

Isu Keguruan: Lantik Semua Guru Sebagai Guru Disiplin

Lantik semua guru sebagai guru disiplin:

            Dewasa kini.Kementerian pelajaran semakin giat untuk memartabatkn institusi pendidikan yang merangkumi sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi awam (IPTA), pusat pengajian tinggi swasta (IPTS), kolej- kolej dan sebagainya.
           
“KPM akan berusaha menjadikan Sekolah Kebangsaan lebih beraspirasi nasional, meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar, membangunkan budaya sekolah yang cemerlang, meningkatkan kualiti kepimpinan, pengurusan dan guru-guru, menyeimbangkan nisbah guru dari pelbagai etnik serta meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap Sekolah Kebangsaan.”
(YB Dato’ Sri Hishammuddin
Tun Hussein, 2005)
           
Sebagaimana telah diungkapkan oleh Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein Onn sewaktu menjawat Menteri Pelajaran Malaysia iaitu menjadikan sekolah kebangsaan lebih beraspirasi nasional serta meningkatkan pencapaian akademik pelajar, pelbagai usaha telah digembelengkan untuk meningkatkan mutu sekolah-sekolah di Malaysia secara keseluruhannya dengan penyediaan prasarana yang lebih bermutu, menyediakan tenaga pengajar atau guru yang lebih bertauliah dan sebagainya.
           

Sharing is caring ^_^

Isu Keguruan: Guru Berpolitik

1.0 PENGENALAN ISU
            Tindakan kerajaan memberikan lesen kepada guru  DG 41 dan DG 48 berpolitik sudah pasti mempunyai kesan positif dan negatif. Antara alasan yang diberikan ialah guru merupakan golongan yang dihormati oleh masyarakat dan boleh memainkan peranan penting dalam scenario politik negara. Namun, kebenaran ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana selama ini pun ramai dalam kalangan guru yang bergiat aktif dalam politik sama ada dalam apa jua parti sekali pun.
            Dalam usaha kerajaan yang ingin memartabatkan sistem pendidikan, penglibatan guru dalam politik hanya akan menambahkan masalah pendidikan yang sedia ada. Masalah – masalah yang belum diselesaikan seperti buta huruf, ponteng sekolah, buli, vandalisme, samseng, mat rempit, pelajar yang mengandung luar nikah, dadah, merokok, pil khayal dan seribu satu masalah yang masih tertunggak perlukan perhatian khusus daripada guru terutamanya guru besar / pengetua.      
            Dalam keadaan sekarang masalah tersebut gagal diselesaikan apatah lagi apabila guru – guru melibatkan diri dalam politik yang memerlukan komitmen masa tanpa mengira waktu. Masalah seperti kurang dapat memberikan tumpuan dan komitmen di sekolah akan timbul sekiranya guru terlibat dalam aktiviti berpolitik. Oleh itu, saya berpendapat penglibatan guru dalam politik lebih banyak mendatakan keburukan daripada kebaikan dalam sistem pendidikan negara walaupun mungkin mendatangkan keuntungan kepada sesebuah parti politik.
           

Sharing is caring ^_^

Isu Keguruan: Penyelewengan Wang Di Sekolah

1.0 PENGENALAN
Menyedari masih ramai masyarakat di negara kita yang masih tercicir dan tidak berkemampuan untuk mendapat peluang pendidikan, pihak KPM telah menunjukkan keprihatinannya dengan menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada  murid yang berkelayakan. Objektif penubuhan  tabung KWAPM ini adalah untuk membantu golongan ibu bapa dan murid yang berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Tujuan pihak KPM menubuhkan tabung KWAPM ini juga adalah untuk mengurangkan jurang peluang pendidikan di anatara bandar dan luar bandar.
Walaubagaimanapun, setelah pihak KPM melaksanakan tabung ini, timbul pula isu yang semakin hangat diperkatakan dari hari ke hari iatu guru KWAPM menyeleweng duit yang sepatutmya diberikan kepada murid. Malah ada pula isu yang menjadi bertambah rumit apabila wang yang sepatutnya menjadi kegunaan untuk murid membeli barang peralatan di sekolah telah disalahgunakan oleh ibu bapa. Kenapakah isu ini masih boleh timbul sedangkan setiap guru KWAPM telah dipertanggungjawabkan tugasnya dan senarai nama murid yang layak telah disenaraikan?


Pengurusan kewangan merupakan satu aspek yang penting di sekolah. Aspek pengurusan kewangan merupakan satu tugas penting yang perlu dikendalikan dengan sistematik dan berkesan. Di sekolah, Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan aspek kewangan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Guru Besar juga untuk memastikan bahawa tidak ada sebarang penyelewengan berlaku di dalam pentadbiran kewangan sesebuah sekolah. Pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan sistematik adalah bergantung kepada kemahiran, kepimpinan dan sikap Guru Besar sesebuah sekolah itu sendiri. Namun, tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada Guru Besar pula telah menjadi satu masalah besar kepada pengurusan kewangan sekolah apabila telah dilaporkan bahawa terdapat kes penyelewengan dan penyalahgunaan wang yang berlaku berpunca daripada Guru Besar itu sendiri. Hal ini umpama ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.



Sharing is caring ^_^

Isu Keguruan: Beban Tugas Guru

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, dunia pendidikan kerapkali dihujani dan digemparkan dengan pelbagai isu terutama yang berkait dengan guru. Di dada akhbar, isu yang melibatkan guru bagaikan menjadi satu topik hangat yang sering diwar-warkan dan begitu laris bagai pisang goreng panas. Isu beban tugas guru, kenaikan gaji guru, guru dibenarkan berpolitik dan pelbagai lagi isu yang melibatkan profesionalisme guru dan keguruan diperbincangkan. Profesionalisme guru menurut Hoyle (1980) dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.
Salah satu isu yang penting berkaitan dengan bidang keguruan adalah isu beban tugas guru. Isu ini bukanlah isu baru namun sehingga kini isu ini masih menjadi topik yang kerap dibincangkan. Buktinya, banyak kali tajuk ataupun isu ini diperkatakan didada akhbar, blog-blog  dan sebagainya. Sebagai contoh:

a.    Beban Kerja Guru Kini Terlalu Berat – Utusan Malaysia 23 Januari 2008
b.    Seksa Jadi Cikgu – Berita Harian 1 April 2010
c.    Tokoh Syor Empat Langkah Kurang Beban Tugas Guru – Berita Harian 24 Mei 2010
d.    Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas Guru – Utusan Malaysia 1April 2010
e.    Guru Tidak Perlu Kerja 9 Jam – Utusan Malaysia 21 November 2011
f.     Jawatankuasa Kerja Tangani Isu Beban Guru Sedang Laksana 28 Perakuan-
g.    Muhyiddin – Utusan Malaysia 16 Mei 2012
h.    14 Isu Beban Guru Ditangani – Utusan Malaysia 17 Mei 2012


Sharing is caring ^_^

Monday 20 August 2012