Thursday 30 August 2012

Isu Keguruan: Lantik Semua Guru Sebagai Guru Disiplin

Lantik semua guru sebagai guru disiplin:

            Dewasa kini.Kementerian pelajaran semakin giat untuk memartabatkn institusi pendidikan yang merangkumi sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi awam (IPTA), pusat pengajian tinggi swasta (IPTS), kolej- kolej dan sebagainya.
           
“KPM akan berusaha menjadikan Sekolah Kebangsaan lebih beraspirasi nasional, meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar, membangunkan budaya sekolah yang cemerlang, meningkatkan kualiti kepimpinan, pengurusan dan guru-guru, menyeimbangkan nisbah guru dari pelbagai etnik serta meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap Sekolah Kebangsaan.”
(YB Dato’ Sri Hishammuddin
Tun Hussein, 2005)
           
Sebagaimana telah diungkapkan oleh Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein Onn sewaktu menjawat Menteri Pelajaran Malaysia iaitu menjadikan sekolah kebangsaan lebih beraspirasi nasional serta meningkatkan pencapaian akademik pelajar, pelbagai usaha telah digembelengkan untuk meningkatkan mutu sekolah-sekolah di Malaysia secara keseluruhannya dengan penyediaan prasarana yang lebih bermutu, menyediakan tenaga pengajar atau guru yang lebih bertauliah dan sebagainya.
           
Usaha ke arah ini adalah untuk menjadikan kualiti pendidikan di Malaysia setaraf dengan Negara-negara lain atau mampu bersaing dalam era globalisasi. Namun,dalam meningkatkan taraf akademik, terdapat pelbagai kesan mahu dari segi positif dan negatif. Aspek yang membimbangkan pada masa kini adalah kes-kes salah laku pelajar atau kesalahan disiplin yang semakin meningkat yang membawa kepada masalah sahsiah pelajar-pelajar sekolah. Pelajar-pelajar sekolah mahupun pelajar di institusi tinggi adalah asset negara yang akan memimpin Negara kea rah pembangunan yang lebih baik pada masa hadapan. Namun jika seseorang pelajar itu berjaya tetapi buruk sahsiahnya, bagaimanakah ia mampu dikatakan sebagai asset negara yang berharga. Sebagaimana yang pernah diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiddin dalam akhbar Berita Harian yang bertarikh 30 Ogos 2012, hari ini:

                "Saya akan merasa amat kecewa jika anda yang telah saya raikan kejayaannya dengan penghormatan dan kegembiraan hari ini, menempuh kegagalan dalam pelajaran seterusnya apatah lagi kegagalan dalam kehidupan di masa hadapan,"
Maka jelaslah di sini bahawa pembangunan akademik haruslah setandng dengan pembangunan sahsiah. Tetapi apa yang membimbangkan pada hari ini ialah masalah sahsiah pelajar sekolah semakin meruncingkan. Banyak terdapat di dada-dada akhbar yang menyiarkan tentang masalah disiplin pelajar sekolah.seperti ponteng sekolah yang menjadi penyumbang terbesar, rogol, buli, mencuri dan lain-lain lagi.Dalam akhbar harian metro bertarikh 28/12/2010 menyiarkan tentang statistic salah laku pelajar sekolah yang diulas oleh timbalan menteri pelajaran Datuk Dr Wee Kah Siong. Antara ulasannya ialah:
Mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit pelbagai salah laku disiplin pada 2010.Katanya, antara kes salah laku disiplin yang sering dilakukan pelajar terbabit termasuk jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes)."Walaupun masalah salah laku disiplin pelajar di negara ini masih terkawal, kita tetap memandang serius gejala ponteng sekolah kerana ia menjadi penyebab utama pembabitan seseorang pelajar dalam pelbagai kegiatan berunsur negatif seperti penagihan dadah, minuman keras, samseng, seks bebas, buli dan judi.
                                                                                                                                (Datuk Dr Wee Kah Siong)

Setiap kesalahan pelajar sekolah mahupun seklah rendah dan sekolah menengah dilihat tidak wajar lagi jika diurus dan ditadbir oelh seorang guru yang telah dilantik sebagai guru disiplin.Berikatan masalah disiplan atau salah laku pelajar yang semakin meningkat dari tahun ke tahun sebagaimana ulasan di atas.Dalam akhbar Utusan bertarikh 23/10/2003 tiga menyiarkan tajuk “Semua guru dilantik sebagai guru disiplin”. Berikut adalah sebahagian dari isi kandungan daripada tajuk akhbar:
SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tasik, Bandar Sri Permaisuri yang baru beroperasi awal tahun ini mengambil langkah awal untuk mencegah masalah disiplin dan salah laku di kalangan pelajarnya dengan memastikan semua guru turut menjalankan tugas guru disiplin.Turut dilaksanakan sebagai langkah pencegahan ialah menjalinkan hubungan rapat dengan masyarakat setempat, pasukan keselamatan beruniform seperti polis dan bomba, Agensi Dadah Kebangsaan dan mendapatkan khidmat Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Wilayah Persekutuan (JKKWP) untuk mengadakan ceramah mengenai keremajaan dan masalah sosial.Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Leong Kum Loy berkata, untuk mengawal disiplin pelajar semua guru tingkatan diberi kuasa berhubung terus ibu bapa jika pelajar melanggar peraturan sekolah.
                                                                                                (Utusan, 23/10/2012)

Usaha ini pada pandangan saya, ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri jika dilaksanakan di seluruh sekolah dalam negara.
Kebaikan
Keburukan
-       Masalah laku disiplin dapat diambl tindakan segera tanpa melalui guru disiplin kerana semua guru dilantik sebagai guru disiplin
-       Kes-kes salah laku disiplin dapat dikurangkan disebabkan pemantauan yang berterusan oleh guru
-       Kemungkinan salah guna kuasa dalam kalangan guru sendiri disebabkan faktor peribadi dengan seseorang pelajar.


Dalam merealisasikan isu ini, perlu di mulakan kepada diri seorang guru itu sendiri supaya ia tidak menggunakan amanah yang telah diberikan sewenang-wenangya dalam menjalankan tugas. Disebabkan itu untuk memastikan hasil kemejadian seorang guru, pengajian selama 5tahun setengah di Institut Pendidikan Guru dilihat relevan dan suatu yang positif kerana dalam tempoh tersebut guru pelatih akan mempelajari banyak perkara dalam menjiwai dan memehami tugas dan peranan-peranan seorang guru. Dalam tempoh pangajian 5tahun setengah, seorang guru pelatih akan mealui pelbagai perkara yang anataranya, pengalaman berasaskan sekolah (PBS), bina insan guru (BIG), praktikum mengajar  seminar dan sebagainya. Perkara- perkara yang dilalui ini dilihat sebagai wadah dalam kemenjadian seorang guru kelak .Apatah lagi apabilah semua guru dilantik sebagai guru disiplin nanti, mereka akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
Seterusnya, untuk melantkkan semua guru sebagai guru disiplin, perlunya kepada kefahaman yang jelas seseorang guru dalam etika- etika yang perlu diketahui supaya tugas sebagai guru disiplin selain dari guru kelas, unit uniform dan sebagainya dapat dijalankan dengan berkesan.Sebenarnya kod etika pada suatu kerjaya adalah sifat-sifat atau ciri-ciri vokasional, ilmiah dan aqidah yang harus dimiliki oleh seorang pengamal untuk berjaya dalam kerjayanya.Lebih ketara lagi ciri-ciri ini jelas pada kerjaya keguruan.  Dari segi pandangan Islam, maka agar seorang muslim itu berjaya menjalankan tugas yang dipikulkan kepadanya oleh Allah S.W.T pertama sekali dalam masyarakat Islam dan seterusnya di dalam masyarakat antarabangsa maka haruslah guru itu memiliki sifat-sifat yang berikut:

1.    Bahawa tujuan, tingkah laku dan pemikirannya mendapat bimbingan Tuhan (Rabbani), seperti disebutkan oleh surah Al-imran, ayat 79,
"Tetapi jadilah kamu Rabbani (mendapat bimbingan Tuhan)".
2.    Bahawa ia mempunyai persiapan ilmiah, vokasional dan budaya menerusi ilmu-ilmu pengkhususannya seperti geografi, ilmu-ilmu keIslaman dan kebudayaan dunia dalam bidang pengkhususannya.
3.    Bahawa ia ikhlas dalam kerja-kerja kependidikan dan risalah Islamnya dengan tujuan  mencari  keredhaan  Allah  S.W.T  dan  mencari  kebenaran  serta melaksanakannya.
4.    Memiliki kebolehan untuk mendekatkan maklumat-maklumat kepada pemikiran murid-murid dan ia bersabar untuk menghadapi masalah yang timbul.
5.    Bahawa ia benar dalam hal yang didakwahkannya dan tanda kebenaran itu ialah tingkah lakunya sendiri, supaya dapat mempengaruhi jiwa murid-muridnya dan anggota-anggota masyarakat lainnya.  Seperti makna sebuah hadith Nabi S.A.W,
"Iman itu bukanlah berharap dan berhias tetapi meyakinkan dengan hati dan membuktikan dengan amal".
6.    Bahawa ia fleksibel dalam mempelbagaikan kaedah-kaedah pengajaran dengan menggunakan kaedah yang sesuai bagi suasana tertentu.  Ini memerlukan bahawa guru dipersiapkan dari segi professional dan psikologikal yang baik.
7.    Bahawa ia memiliki sahsiah yang kuat dan sanggup membimbing murid-murid ke arah yang dikehendaki.
8.    Bahawa ia sedar akan pengaruh-pengaruh dan trend-trend global yang dapat mempengaruhi generasi dan segi aqidah dan pemikiran mereka.
9.    Bahawa  ia  bersifat  adil  terhadap  murid-muridnya, tidak  pilih  kasih, ia mengutamakan yang benar.  Seperti makna firman Allah S.W.T dalam surah al Maidah ayat ke 8,

"Janganlah kamu terpengaruh oleh keadaan suatu kaum sehinga kamu tidak adil.Berbuat adillah, sebab itulah yang lebih dekat kepada taqwa.Bertaqwalah kepada Allah, sebab Allah Maha Mengetahui apa yang kamu buat".

            Jika dilihat dari pada sifat-sifat berikut, kesemua menjurus kepada agama secara khususnya atau dengan kata lain, meletakkan sesuatu pekerjaan hanya dengan ingin mendapatkan kerdhaan Al-khaliq (Maha Pencipta). Jika etika-etika ini dapat difahami dan diaplikasikan dalam diri seorang guru itu khususnya guru muslim, tanggungjawab sebagai seorang guru disiplin dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan adil tanpa mendiskriminasikan akan amanah yang dipikul.
            Sesera keseluruhannya, saya melihat isu ‘melantik semua guru sebagai guru disiplin’ adalah suatu yang positih dalam membantu mengawal serta mengurangkan masalah disiplin yang berlaku dalam dunia pendidikan di Malaysia pada hari ini.Namun dalam membentuk seorang guru disiplin yang bertanggunjawab, amanah, adil dan sebagainya perlunya kepada beberapa perkara. Antaranya ialah:
a)    Kefahaman tentang etika-etika keguruan yang jelas supaya tanggungjawab yang dipikul tidak akan digunakan sewenang-wenangnya.
b)    Perlunya kepada kursus- kursus kepimpinan supaya dalam menjalankan tugas sampingan sebagai guru disiplin, kemampuan dalam menguruskan sesuatu masalah disiplin dapat di selesaikan dengan berkesan.
c)    Perlunya kepada kefahaman agama yang mendalam mengenai sesuatu, supaya nilai-nilai islam itu bukan sahaja dapat diajar secara langsung, tetapi secara tidak langsung melalui adab, akhlak dan sebagainya.







Sharing is caring ^_^

No comments:

Post a Comment